AGENDA

Twitter giat padam akaun tidak aktif, terbiar beberapa tahun

9 Mei 2023, 3:40 AM
Twitter giat padam akaun tidak aktif, terbiar beberapa tahun

WASHINGTON, 9 MEI: Twitter sedang dalam proses memadam akaun lama yang terbiar selama beberapa tahun, kata pemiliknya Elon Musk pada Isnin.

"Kami sedang memadam akaun yang tidak mempunyai aktiviti langsung selama beberapa tahun, jadi anda mungkin akan melihat penurunan bilangan pengikut," lapor Agensi Anadolu Agency (AA) memetik ciapan Musk.

Kriteria untuk menentukan pembersihan akaun pengguna bagaimanapun masih tidak jelas.

Dasar akaun tidak aktif Twitter mengatakan pengguna harus log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari, namun tidak jelas sama ada ia adalah dasar yang akan digunakan oleh syarikat itu menentukan sama ada akaun akan dipadam.

Keputusan Musk untuk melupuskan akaun yang tidak aktif dibuat ketika beliau menerajui Twitter memasuki bulan ketujuh selepas membeli syarikat itu dengan harga AS$44 bilion pada Oktober lepas.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619