AGENDA

Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pembaca artikel

30 Apr 2023, 3:54 AM
Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pembaca artikel

MOSCOW, 30 APRIL: Twitter akan memperkenalkan pilihan yang membenarkan saluran media mengenakan bayaran kepada pengguna yang sekali-sekala berhasrat untuk membaca artikel, kata Ketua Pegawai Eksekutif platform media sosial Elon Musk pada Sabtu.

"Bakal dilancarkan pada bulan depan, platform ini akan membolehkan penerbit media mengenakan bayaran kepada pengguna pada setiap artikel dengan satu klik.

“Ini membolehkan pengguna yang tidak mendaftar untuk langganan bulanan membayar harga yang lebih mahal bagi setiap artikel jika mahu baca artikel," tulis Musk di Twitter, lapor Sputnik.

Beliau berkata fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619