AGENDA

Individu dipercayai buat hantaran hina institusi diraja ditahan

6 Apr 2023, 8:04 AM
Individu dipercayai buat hantaran hina institusi diraja ditahan

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Seorang lelaki ditahan di sekitar Pendang, Kedah, semalam kerana dipercayai membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja melalui media sosial.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan berkata lelaki berusia 49 tahun itu disyaki memuat naik beberapa hantaran menerusi akaun Facebook Tuk Chik pada Isnin dan Selasa lepas.

Beliau berkata suspek direman empat hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Noorsiah turut menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R, iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja).

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619