PBT

MBPJ tawar rebat cukai taksiran sehingga 30 Jun

6 Apr 2023, 1:15 AM
MBPJ tawar rebat cukai taksiran sehingga 30 Jun
MBPJ tawar rebat cukai taksiran sehingga 30 Jun

SHAH ALAM, 6 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan Skim Rebat Cukai Taksiran 2023 kepada pemilik rumah mesra alam hijau dan berkarbon rendah di Petaling Jaya.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan rebat maksimum yang akan diberikan adalah 100 peratus atau RM500, yang mana lebih rendah untuk setiap rumah individu.

"Ia terbuka kepada pemilik rumah yang mengamalkan gaya hidup mesra alam hijau dan mampan berdasarkan kriteria air, biodiversiti, sisa, pengangkutan dan tenaga," katanya di Facebook.

Menurut MPBJ mereka yang berminat boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.mbpj.gov.my.

“Tarikh permohonan dibuka dari 1 April sehingga  30 Jun ini,” katanya.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ di talian 03-7954 1440.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619