AGENDA

Sedia banyak tapak bina sekolah baharu tampung kepadatan penduduk

4 Apr 2023, 8:39 AM
Sedia banyak tapak bina sekolah baharu tampung kepadatan penduduk

SHAH ALAM, 4 APRIL: Sekurang-kurangnya lima tapak disediakan bagi pembinaan sekolah baharu untuk menampung kepadatan penduduk yang kian meningkat terutama di Shah Alam.

Dato' Menteri Besar berkata tumpuan turut diberi di kawasan penduduk melebihi 50,000 orang seperti Kota Kemuning, Klang, Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa dan Hulu Langat.

Bagaimanapun, Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan pihaknya menunggu keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang kini menumpukan untuk memperbaiki sekolah daif.

"Kita sedia maklum KPM kini sedang menumpukan untuk memperbaiki banyak sekolah daif, yang meletakkan perkara itu sebagai urusan utama dalam Belanjawan 2023.

"Namun, saya sebelum ini telah berjumpa dengan pihak KPM memaklumkan bahawa Selangor perlu lebih banyak sekolah," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan pusat sehenti (OSC) Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Hari Tanpa Tunai Pentadbiran Tanah Selangor di bangunan pentadbiran negeri di sini.

Belanjawan 2023 yang dibentang Februari lalu memperuntuk sebanyak RM920 juta bagi menaik taraf bangunan dan infrastruktur di 380 sekolah daif seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619