AGENDA

Lionel Messi dinobatkan Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2022 buat kali ketiga

28 Feb 2023, 6:43 AM
Lionel Messi dinobatkan Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2022 buat kali ketiga

ANKARA, 28 FEB: Bintang Argentina, Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2022 pada Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2022 di Salle Pleyel di Paris, Perancis.

Menurut Agensi Anadolu (AA), pemain berusia 35 tahun itu merangkul anugerah berprestij itu buat kali ketiga selepas 2009 dan 2019 selepas rakan sepasukannya Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dan penyerang Perancis Real Madrid, Karim Benzema.

Messi mengetuai pasukan bola sepak kebangsaan Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia ketiga mereka dalam sejarah pada Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Disember lalu.

Anugerah Pemain Wanita Terbaik FIFA 2022 dimenangi pemain tengah Sepanyol Barcelona Alexia Putellas yang menggondol anugerah itu dua kali berturut-turut.

Video peringatan legenda Brazil Pele, yang meninggal dunia Disember lepas, turut ditayangkan selepas ucapan perasmian Presiden FIFA Gianni Infantino.

Bekas penyerang legenda Brazil Ronaldo Nazario naik ke pentas dan menyampaikan anugerah khas yang didedikasikan untuk Pele kepada bekas isterinya, Marcia Aoki.

Penjaga gol Manchester United dari Britain, Mary Earps memenangi anugerah Penjaga Gol Wanita Terbaik FIFA 2022 manakala penjaga gol Aston Villa dari Argentina, Emiliano Martinez, yang sebelum ini memenangi anugerah Sarung Tangan Emas Piala Dunia FIFA 2022, memenangi anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik..

Anugerah Puskas FIFA 2022, untuk gol terbaik yang dijaringkan pada 2022, dimenangi pemain bola sepak kurang upaya dari kelab Warta Poznan Poland, Marcin Oleksy.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619