AGENDA

Lionel Messi, Kylian Mbappe calon anugerah pemain lelaki terbaik 2022

11 Feb 2023, 2:41 AM
Lionel Messi, Kylian Mbappe calon anugerah pemain lelaki terbaik 2022

ISTANBUL, 11 FEB: Badan induk bola sepak pada Jumaat mendedahkan senarai finalis Anugerah Terbaik FIFA 2022, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kapten Real Madrid, Karim Benzema dan bintang sensasi Paris Saint Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe disahkan sebagai calon untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2022.

Senarai pemain wanita pula termasuk Beth Mead dari Arsenal, Alexia Putellas dari Barcelona dan Alex Morgan dari San Diego Wave.

Penyerang Tottenham dari Brazil, Richarlison, Dimitri Payet dari Olympique Marseille dan pemain yang telah menjalani amputasi Marcin Oleksy dari pasukan Poland, Warta Poznan diplih sebagai finalis untuk Anugerah Puskas.

Pemenang akan dinobatkan pada majlis khas yang akan diadakan pada 27 Februari di Paris.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619