PBT

MPKS cipta rekod MBOR tanam 25,223 pokok Siantan

25 Feb 2023, 3:26 PM
MPKS cipta rekod MBOR tanam 25,223 pokok Siantan
MPKS cipta rekod MBOR tanam 25,223 pokok Siantan

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 25 FEB: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) melalui penanaman 25,223 batang pokok Siantan sekitar Forest Park, Bandar Hillpark, Puncak Alam di sini hari ini.

Seramai 1,500 peserta mengambil masa dua jam sebelum berjaya menanam pokok renek atau nama saintifiknya Ixora Javanica sekali gus memecah rekod penanaman 20,200 pokok jenis sama di Langkawi pada 2014.

Yang Dipertuanya berkata penanaman pokok yang merupakan pokok rasmi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sejak 1978 adalah simbolik tarikh hari ini selain mewujudkan perbandaran mampan.

“Inisiatif ini bagi menyahut saranan Kerajaan Selangor menanam 26 juta pokok dalam tempoh lima tahun iaitu dengan anggaran 5.2 juta pokok setahun hasil tanaman PBT.

“Tahniah saya ucapkan kepada penduduk Kuala Selangor atas penglibatan mencipta sejarah ini,” kata Rahilah Rahmat pada program Hijau Lestari sempena penanaman pokok berkenaan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merasmikan program berkenaan.

[caption id="attachment_568546" align="aligncenter" width="719"] Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua dari kanan) menandatangani plak perasmian program Hijau Lestari sempena penanaman 25,223 pokok Siantan di Forest Park, Bandar Hillpark, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 25 Februari 2023. Foto Majlis Perbandaran Kuala Selangor[/caption]

Sementara itu Rahilah berkata pihaknya akan terus bergiat aktif menjalankan program seperti ini bagi memberi kesedaran kepada penduduk berhubung kepentingan memelihara alam sekitar.

“Ia selaras matlamat pembangunan mampan ke-15 iaitu kehidupan di darat dengan memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat.

“Semoga dengan pelaksanaan aktiviti ini membantu daerah ini untuk mengekalkan kehidupan hijau,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619