PBT

MPKS anjur program kucing angkat mulai 28 September

14 Sep 2022, 4:22 AM
MPKS anjur program kucing angkat mulai 28 September

SHAH ALAM, 14 SEPT: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menganjurkan program kucing angkat selama sebulan bermula 28 September di Pusat Kurungan Haiwan Sementara MPKS, Komplek Sukan Kuala Selangor.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan program yang berakhir pada 28 November hanya dibuka setiap Rabu dan Jumaat dari 10 pagi hingga 3 petang.

"Orang ramai boleh mendapatkan kucing angkat dengan kadar bayaran RM30 setiap seekor dan perlu membawa sangkar sendiri untuk proses pengambilan kucing," katanya di Facebook.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program berkenaan, orang ramai boleh menghubungi MPKS di talian 017-628 7542.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619