ADN

1,892 calon SPM sekitar Hulu Selangor terima bantuan alat tulis

20 Feb 2023, 4:30 AM
1,892 calon SPM sekitar Hulu Selangor terima bantuan alat tulis

SHAH ALAM, 20 FEB: Seramai 1,892 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dari sembilan sekolah sekitar Hulu Selangor menerima sumbangan alat tulis semalam.

Sumbangan inisiatif Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Hulu Selangor, pusat khidmat masyarakat penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI diserahkan sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang di Oasis Batang Kali.

Pegawai Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata perkakas itu diberikan sebagai tanda sokongan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut bermula hari ini.

"Program ini juga salah satu langkah kecil yang dapat meringankan beban sekolah dan ibu bapa dalam persediaan peperiksaan.

"Tahniah kepada semua wakil-wakil sekolah yang hadir bagi sesi penerimaan alat tulis pada hari ini (semalam)," katanya dalam kenyataan.

Sekolah terlibat antaranya Sekolah Menengah (SM) Sains Hulu Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bunga Raya 1, SMK Bukit Sentosa 2 dan SMK Bukit Sentosa.

Agihan kepada pelajar turut melibatkan SMK Syed Mashor, SMK Bandar Baru Batang Kali, SMK Gedangsa, Sekolah Menengah Agama (SMA) Selisik dan SMK Sungai Choh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619