AGENDA

Qaseh Rania cipta rekod jadi penjaring termuda Liga Super Wanita FAS

14 Feb 2023, 10:19 AM
Qaseh Rania cipta rekod jadi penjaring termuda Liga Super Wanita FAS

SHAH ALAM, 14 FEB: Pemain termuda Liga Super Wanita FAS 2023, Qaseh Rania Khairul Najib mencipta rekod apabila menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam kejohanan tersebut.

Pemain berusia 13 tahun itu berjaya melolos gawang lawan ketika membantu MBSJ FC dengan kemenangan 2-1 ke atas PJ Kita FC di Radia Arena A, Bukit Jelutong pada 8 Februari lalu.

Pemain posisi penyerang ini sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan pintu gol lawan apabila membuat jaringan peribadi ketika membenam Negeri Sembilan FA 3-0 di gelanggang sama 11 Februari lalu.

Ditanya persediaan dalam perlawanan akan datang, Qaseh Rania yang memakai jersi nombor lapan berkata beliau sedia berdepan kawalan ketat pertahanan lawan.

"Saya rasa perlawanan akan datang akan lebih mencabar sebab lawan dah tahu yang saya boleh jaringkan gol, mesti mereka akan cuba kawal lebih ketat.

"Apa pun saya yakin akan dapat buat lebih baik daripada perlawanan sebelum ini kerana setiap kali selepas menjaringkan gol, keyakinan akan bertambah dan saya rasa permainan dan kawalan bola bertambah baik.

"Jurulatih juga ada buat perancangan taktikal khas untuk saya mengatasi pertahanan setiap kali sebelum perlawanan," katanya kepada Selangorkini.

Ketika ini Qaseh Rania menduduki tempat keempat dalam senarai penjaring, satu gol di belakang pendahulu Nur Fazira Sani (UiTM FC), Nadia Roslan (Kelana United FC) dan Intan Sarah (Kelana United FC) masing-masing tiga gol.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619