AGENDA

Liga Super Wanita: MBSJ FC, Perkemas FC rampas takhta liga

12 Mac 2024, 4:00 AM
Liga Super Wanita: MBSJ FC, Perkemas FC rampas takhta liga
Liga Super Wanita: MBSJ FC, Perkemas FC rampas takhta liga

Oleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 MAC: MBSJ FC merampas kedudukan pendahulu kumpulan A selepas menewaskan UiTM United Lioness 3-1 dalam perlawanan ketiga Liga Super Wanita (WSL 2024) hujung minggu lalu.

Dua jaringan Intan Sarah dalam tempoh 23 minit diikuti satu gol Steffi Sarge Kaur membantu MBSJ FC mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

MBPJ FC naik ke kedudukan kedua dengan tujuh mata selepas membelasah Shah Alam FC Swat 5-0 di Arena MBSJ, Subang Jaya.

Nurfarisya Hanim cemerlang dengan dua gol di babak pertama diikuti jaringan Farahiyah Ridzuan, Malini Nordin sebelum Nurul Nuha melengkapkan hari cemerlang MBPJ FC dengan jaringan kelima pada minit akhir permainan.

[caption id="attachment_632654" align="aligncenter" width="847"] Penyerang MBSJ FC Intan Sarah (tengah) mengasak pemain lawan dalam perlawanan ketiga Liga Super Wanita di Arena MBSJ, Subang Jaya pada 10 Mac 2024. Foto Persatuan Bola Sepak Selangor[/caption]

Dalam satu lagi perlawanan Selangor FC memanfaatkan kepincangan FC Japan Malaysia dengan kemenangan besar 7-0 untuk mengutip tiga mata pertama musim ini.

Kemerosotan prestasi FC Japan Malaysia kian terserlah selepas benteng akhir mereka melepaskan 12 gol dalam dua perlawanan.

Sementara itu, impian KL Spicegals untuk melebarkan jurang mata di puncak kumpulan B berkecai selepas tewas mengejut 0-1 kepada Penang Real CJ hasil jaringan Nur Adriana Balqis pada minit ke-26.

Kesempatan itu dimanfaatkan Perkemas FC untuk mengemudi kedudukan teratas dengan kelebihan jaringan selepas menang 2-0 ke atas SA United 2-0 menerusi gol Anis Azreen dan Nur Rosdiana.

Turut mencatat kemenangan SSS Leopard FC yang mudah menewaskan pasukan tercorot Galaxi Girls PJ 3-0 untuk naik ke tangga ketiga mengumpul enam mata.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619