AGENDA

Model sambilan juara sulung Gadis Inspirasi Selangor, bawa pulang wang tunai RM5,000

4 Feb 2023, 10:00 AM
Model sambilan juara sulung Gadis Inspirasi Selangor, bawa pulang wang tunai RM5,000
Model sambilan juara sulung Gadis Inspirasi Selangor, bawa pulang wang tunai RM5,000
Model sambilan juara sulung Gadis Inspirasi Selangor, bawa pulang wang tunai RM5,000
Model sambilan juara sulung Gadis Inspirasi Selangor, bawa pulang wang tunai RM5,000

SUBANG JAYA, 4 FEB: Pencarian Gadis Inspirasi Negeri Selangor (Gadis) berakhir apabila model sambilan Norzawani Zakiah Khairul Zaki dinobatkan sebagai juara program tersebut.

Berlangsung di Hotel Grand Dorsett Subang, Norzawani Zakiah, 26, membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil beserta trofi yang disampaikan EXCO Pembangunan Wanita Dr Siti Mariah Mahmud.

Dr Mariah turut menyampaikan hadiah kepada pengacara hiburan, Nur Idayu Azizi Aziz, 31, yang mendapat tempat kedua membawa hadiah wang RM3,000 manakala pelajar jurusan undang-undang, University of London, Stella Leong Sin Yin, 24, pula di tempat ketiga menerima wang tunai RM1,000.

[caption id="attachment_564352" align="aligncenter" width="735"] Pemenang keseluruhan tempat pertama Norzawani Zakiah Khairul Zaki (tengah) bergambar bersama tempat kedua Nur Idayu Azizi (kiri) dan tempat ketiga Stella Leong Sin Yin pada majlis penutup Program Gadis Inspirasi Negeri Selangor di Grand Dorsett Subang, Subang Jaya pada 4 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Menerusi program anjuran Wanita Berdaya Selangor, Nurhusna Hussin pula menerima Anugerah Konten Terbaik, manakala Azhara Jahangeer Khan mendapat diberikan Anugerah Paparan Terbanyak dengan 331,047 penonton serta Maryam Mohd Jamadi pula mendapat Anugerah Media Sosial Terbaik.

Anugerah tersebut disampaikan Pengarah Eksekutif Wanita Berdaya Selangor Rozeeta Ramli.

Manakala Anugerah Peserta Bengkel Terbaik pula diberikan kepada Rahayu Omar yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Strategi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Raja Nor Izah Raja Jaafar.

[caption id="attachment_564353" align="aligncenter" width="786"] EXCO Pembangunan Wanita Dr Siti Mariah Mahmud (tengah) mengucapkan tahniah kepada pemenang keseluruhan pada majlis penutup Program Gadis Inspirasi Negeri Selangor di Grand Dorsett Subang, Subang Jaya pada 4 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Program Pencarian Gadis berlangsung pada 27 hingga 29 Januari lalu bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi wanita muda, menyediakan saluran bagi mengetengahkan diri di khalayak umum selain meningkatkan pembangunan dan kemapanan diri serta daya saing.

Syarat penyertaan ialah wanita berusia 18 tahun hingga 35 tahun, lahir dan bermastautin di Selangor serta memiliki pengikut di pelbagai media sosial dengan jumlah minimum 5,000 orang.

[caption id="attachment_564355" align="aligncenter" width="748"] EXCO Pembangunan Wanita Dr Siti Mariah Mahmud (tengah) bergambar bersama peserta pada majlis penutup Program Gadis Inspirasi Negeri Selangor di Grand Dorsett Subang, Subang Jaya pada 4 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619