AGENDA

Program Gadis Inspirasi Selangor medan cungkil bakat, sebar mesej positif

4 Feb 2023, 9:30 AM
Program Gadis Inspirasi Selangor medan cungkil bakat, sebar mesej positif
Program Gadis Inspirasi Selangor medan cungkil bakat, sebar mesej positif

SUBANG JAYA, 4 FEB: Sebanyak 211 penyertaan diterima bagi pencarian Gadis Inspirasi Negeri Selangor (Gadis) siri pertama anjuran Wanita Berdaya Selangor (WBS).

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata daripada permohonan tersebut, seramai 42 peserta terpilih menyertai program selama tiga hari sejak 27 Januari di Hotel Grand Dorsett Subang di sini.

Menurut Dr Siti Mariah, penganjuran program itu bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam kalangan wanita golongan belia yang mempunyai pengikut tersendiri di media sosial masing-masing.

"Kita tahu dalam realitinya mereka mempunyai ramai pengikut dan menggunakan media sosial dalam kehidupan. Oleh sebab itu, kita mahu mengajak generasi muda ini menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

"Sebagai pimpinan yang ada hala tuju dan masa depan, kita mahu membentuk pemikiran pelapis-pelapis iaitu generasi muda berinspirasi yang bakal gantikan pemimpin sekarang," katanya selepas merasmikan program tersebut hari ini.

[caption id="attachment_564353" align="aligncenter" width="710"] EXCO Pembangunan Wanita Dr Siti Mariah Mahmud (tengah) mengucapkan tahniah kepada pemenang keseluruhan pada majlis penutup Program Gadis Inspirasi Negeri Selangor di Grand Dorsett Subang, Subang Jaya pada 4 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Siti Mariah berkata peserta-peserta juga diberikan tugasan utama dengan menyiapkan hantaran menerusi aplikasi Tik Tok yang menyentuh pelbagai isu.

"Topik yang kita beri sangat tough (sukar) antaranya isu perkahwinan bawah umur, poligami, keganasan rumah tangga dan kemiskinan haid.

"Kita mahu melahirkan masyarakat maju yang ada maklumat sebelum membuat sebarang keputusan. Kita tidak mahu mereka buat keputusan terbaik kerana paling kecewa apabila melakukannya tanpa maklumat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619