BERITA UTAMA

Mohon 246 petak bazar Aidilfitri Jalan Taiping hingga 14 Februari

26 Jan 2023, 4:10 AM
Mohon 246 petak bazar Aidilfitri Jalan Taiping hingga 14 Februari

SHAH ALAM, 26 JAN: Permohonan bazar Aidilfitri Jalan Taiping, Klang dibuka mulai semalam hingga 14 Februari depan.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://iportal.mpklang.gov.my/PermitOnline.

"Kita menyediakan sebanyak 246 petak niaga di bazar terbabit tahun ini. Peniaga yang berminat boleh memohon melalui pautan tersebut," kata Norfiza Mahfiz kepada Selangorkini.

Beliau menambah sebaik permohonan ditutup, satu sesi taklimat dan 'teach in' sistem bida akan dibuat pada 22 Februari.

"Tarikh bidaan akan dibuat pada 14 Mac manakala keputusan bidaan pada keesokannya. Undian petak berniaga pula dijalankan pada 21 Mac.

"Peniaga boleh menjalankan perniagaan di bazar terbabit selama 22 hari bermula 1 hingga 22 April," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619