AGENDA

Hoki Piala Dunia: Dua skrin besar tayang aksi Malaysia-Sepanyol petang ini

22 Jan 2023, 2:44 AM
Hoki Piala Dunia: Dua skrin besar tayang aksi Malaysia-Sepanyol petang ini
Hoki Piala Dunia: Dua skrin besar tayang aksi Malaysia-Sepanyol petang ini

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Peminat sukan hoki negara berpeluang untuk menyaksikan aksi skuad The Speedy Tigers menentang pasukan Sepanyol dalam pusingan Crossover Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang akan ditayangkan di dua lokasi skrin besar pada 6.45 petang ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata dua lokasi berkenaan ialah Dataran Merdeka di sini dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

“Yang tak balik kampung, dua lokasi skrin besar disediakan untuk saksikan pasukan Hokita bermain dalam Hoki Piala Dunia 2023.

“Untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka. Jom!,” kata Yeoh menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk turun beramai-ramai memeriahkan program tersebut sebagai tanda sokongan kepada skuad hoki negara.

Skuad kendalian A. Arul Selvaraj itu sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang dengan membenam New Zealand 3-2 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar dalam aksi terakhir Kumpulan C.

Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.

Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619