AGENDA

Perlawanan persahabatan, skuad hoki kalah 0-5 lawan Belanda

12 Jul 2024, 3:00 PM
Perlawanan persahabatan, skuad hoki kalah 0-5 lawan Belanda

KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh berkata anak buahnya menampilkan struktur pertahanan yang baik meskipun tewas 5-0 kepada Belanda pada perlawanan siri Jelajah Eropah di Arnhem hari ini.

Beliau turut menyifatkan perlawanan menentang pasukan nombor satu dunia itu di Kelab Hoki MIxed Arhem Upward sebagai pendedahan terbaik untuk Speedy Tigers bermain dengan lebih yakin.

“Permainan intensiti yang baik dan perlawanan baik untuk semua pemain menentang pasukan nombor satu dunia. Pada perlawanan hari ini, pemain bekerja lebih keras dan menunjukkan struktur pertahanan yang lebih baik berbanding perlawanan menentang Jerman.

“"Terdapat juga detik-detik dalam perlawanan apabila kami mengasak dan tidak hanya bertahan,”katanya menerusi kenyataan yang dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di sini hari ini.

Ini adalah kekalahan ketiga Malaysia dalam enam perlawanan.

Mereka memulakan kempen dengan tiga perlawanan menentang Belgium B, iaitu menang 3-2 pada 1 Julai, kalah 2-4 (3 Julai) dan menang 3-2 (5 Julai).

Speedy Tigers kemudian dibelasah 10-1 oleh pasukan nombor lima dunia Jerman pada Isnin (8 Julai) sebelum menewaskan kelab Hoki dan Tenis Bundesliga, Gladbach 9-2 di Monchengladbach pada hari berikutnya.

Speedy Tigers, yang menduduki ranking ke-12 dunia, akan berehat sehari sebelum menentang pasukan nombor tujuh dunia, India pada Ahad ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619