ADN

Bantuan komputer riba suntik semangat pelajar B40 cemerlang dalam akademik

23 Dis 2022, 12:15 AM
Bantuan komputer riba suntik semangat pelajar B40 cemerlang dalam akademik
Bantuan komputer riba suntik semangat pelajar B40 cemerlang dalam akademik

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 23 DIS: Bantuan komputer riba daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan.

Pelajar M Shamilaa, 18, berkata bantuan itu menjadi pemangkin untuk dia belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita menjadi guru seterusnya membantu ibu bapa.

[caption id="attachment_557083" align="aligncenter" width="784"] M Shamilaa, 18, pada majlis sumbangan komputer riba kepada pelajar IPTA/IPTS B40 di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya ada abang yang masih belajar, jadi apabila saya mendapat bantuan ini tidak perlu lagi ibu ayah beli komputer riba untuk saya dan ringankan beban mereka.

“Saya kini belajar di Kolej Tingkatan Enam Sri Istana, Klang dan berhasrat menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana bercita-cita menjadi guru,” katanya.

Shamilaa adalah antara 16 pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa yang menerima bantuan komputer riba daripada MBI semalam.

Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor. Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr G Gunarajah.

Pelajar lain, K Balasubramaniam, 17, berkata dia bersyukur terpilih menerima bantuan itu yang akan dimanfaatkan sebaiknya untuk pelajaran.

“Kalau guna telefon bimbit untuk kelas dalam talian susah juga tetapi dengan bantuan komputer riba ini saya lebih fokus,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619