EXCO

EXCO: Cadang anjur karnival kerjaya mega Mac atau April 2023

10 Dis 2022, 11:15 AM
EXCO: Cadang anjur karnival kerjaya mega Mac atau April 2023

SUBANG JAYA, 10 DIS: Kerajaan Negeri bercadang menganjurkan karnival kerjaya mega tahun depan bagi memastikan kadar pengangguran di Selangor kekal di bawah empat peratus, kata Mohd Khairuddin Othman.

EXCO Pembangunan Modal Insan berkata pihaknya belum memuktamadkan tarikh tetapi dijangka dianjur pada Mac atau April depan.

"Komitmen untuk terus mengekalkan kadar pengangguran di Selangor di bawah empat peratus sentiasa menjadi fokus utama Kerajaan Selangor.

"Justeru, kita bercadang menganjurkan karnival sama siri pertama tahun depan sekitar Mac atau April dan lokasi sama ada di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) atau Pusat Konvensyen MBSA," katanya pada sidang media selepas melawat gerai pameran Karnival Kerjaya Mega Selangor di MAEPS hari ini.

Karnival Kerjaya Mega 2022 siri kedua itu berlangsung dua hari mulai hari ini dengan menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan pelbagai sektor melibatkan 300 syarikat ternama.

Antara syarikat terlibat adalah Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), Pos Malaysia, Prasarana, Puncak Niaga Holdings, Starbucks, Genting Malaysia dan agensi kerajaan serta anak syarikat Kerajaan Negeri.

Rakyat Selangor khususnya belia digalak mengambil peluang yang disediakan dengan mendaftar di www.selangorjobportal.com.my atau hadir secara terus mulai jam 9 pagi hingga 5.30 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619