AGENDA

Lebih 65 peratus belanja pembangunan Belanjawan 2022 selesai digunakan

5 Dis 2022, 8:12 AM
Lebih 65 peratus belanja pembangunan Belanjawan 2022 selesai digunakan

SHAH ALAM, 5 DIS: Kerajaan Negeri menggunakan 65.38 peratus atau RM734.2 juta daripada peruntukan perbelanjaan pembangunan Belanjawan Selangor 2022 setakat 31 Oktober.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari yakin perbelanjaan itu boleh mencecah sehingga 90 peratus hujung tahun ini daripada keseluruhan RM1.123 bilion yang diluluskan.

“Ini berdasarkan rekod prestasi dan perbelanjaan tahun lalu kerana sebahagian daripada penggunaan kewangan hanya akan diselesaikan apabila sesuatu projek atau program dilaksanakan,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Semenyih Zakaria Hanafi berhubung perkara itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM2.34 bilion bagi Belanjawan Selangor 2022 dengan RM1.22 bilion atau 52 peratus bagi perbelanjaan mengurus dan baki untuk pembangunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619