AGENDA

Dewan negeri lulus usul belanja pembangunan RM1.12 bilion

8 Dis 2021, 10:30 AM
Dewan negeri lulus usul belanja pembangunan RM1.12 bilion

SHAH ALAM, 8 DIS: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan usul perbelanjaan pembangunan dalam belanjawan 2022 berjumlah RM1.12 bilion.

Kelulusan dibuat setelah mendapat persetujuan ahli dewan dan dibahas selama dua hari mulai semalam dengan bacaan sebanyak tiga kali, kata Speaker Ng Suee Lim.

"Bahawa menurut Seksyen 9, Subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan RM1.12 bilion yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) akta sama, diluluskan," katanya.

Isnin lalu, dewan meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 berjumlah RM1.22 bilion setelah dibacakan sebanyak tiga kali sebelum berakhirnya sesi pertama persidangan.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM2.34 bilion dalam Belanjawan Selangor 2022 bagi meningkatkan manfaat kepada rakyat dan merancakkan ekonomi.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM1.22 bilion atau 52 peratus diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.12 bilion lagi untuk pembangunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619