AGENDA

Azizulhasni terlepas aksi akhir pusingan kedua liga juara trek di Berlin

20 Nov 2022, 6:09 AM
Azizulhasni terlepas aksi akhir pusingan kedua liga juara trek di Berlin

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terpaksa melupakan hasrat beraksi pada aksi final pusingan kedua Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) di Berlin, Jerman pada Ahad.

Pada perlumbaan di Velodrom Berlin itu, Azizulhasni menamatkan saingan di tempat kelima dalam acara kegemarannya iaitu keirin, sekali gus gagal ke peringkat seterusnya selepas hanya dua pelumba teratas menerusi tiga saringan berbeza layak ke final.

Juara dunia Harrie Lavreysen dari Belanda mengungguli final acara itu, diikuti pelumba India Esow Alben di tempat kedua dan Santiago Ramirez Morales dari Colombia ketiga.

Pada saringan ketiga pusingan pertama acara pecut pula, ‘The Pocket Rocketman’ mengakhiri cabaran di tempat terakhir di belakang Lavreysen di tempat pertama diikuti Esow di tempat kedua.

Hanya pemenang menerusi enam saringan berbeza layak ke separuh akhir.

Azizulhasni akan meneruskan baki perlumbaan TCL yang berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada 26 November dan dua perlumbaan berturut-turut di London pada 2 dan 3 Disember. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619