AGENDA

Calon HARAPAN Sungai Besar mahu manfaat pengalaman ketuai LZS bantu asnaf

5 Nov 2022, 9:04 AM
Calon HARAPAN Sungai Besar mahu manfaat pengalaman ketuai LZS bantu asnaf

SUNGAI BESAR, 5 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Besar mahu menggunakan pengalaman membantu golongan asnaf ketika menerajui Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk berkhidmat kepada rakyat.

Saipolyazan Mat Yusop yang turut terlibat dalam membantu mangsa banjir besar pada Disember tahun lalu ketika menjadi ketua pegawai eksekutif LZS mahu memanfaat pengetahuannya.

"Semasa dalam LZS, tidak kira politik, kita bantu 65,000 keluarga di Selangor mengikut apa keperluan mereka. Saya selalu turun padang bersama khariah masjid dan ketua masyarakat untuk hulur bantuan.

"Ketika banjir besar, LZS antara agensi pertama turun membantu 50,000 keluarga terjejas," katanya selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

Saipolyazan juga mahu memastikan penduduk di situ tidak ketinggalan dari segi pembangunan kemudahan awam dan ekonomi selain memajukan sektor pertanian dan pelancongan.

Beliau bakal bersaing dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dari Barisan Nasional dan Datuk Muslimin Yahaya dari Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum ke-15.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619