AGENDA

HARAPAN beri bayangan calon DAP bertanding PRK DUN Kuala Kubu Baharu

3 Apr 2024, 12:30 AM
HARAPAN beri bayangan calon DAP bertanding PRK DUN Kuala Kubu Baharu

KUALA LANGAT, 3 MAC: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor memberi bayangan akan meletakkan calon DAP bagi mewakili gabungan itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu nanti.

Pengerusinya Dato' Seri Amirudin Shari berkata Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor juga tidak meminta untuk bertanding dikerusi berkenaan sekali gus memudahkan urusan HARAPAN untuk memutuskan calon.

"HARAPAN akan mengekalkan formula sedia ada iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.

“BN pun tidak minta, jadi formula HARAPAN tidak berubah. Saya percaya DAP akan kekal menyandang kerusi berkenaan,” katanya selepas merasmikan pembukaan galeri jualanTaman Industri Pintar NCT (NSIP) di sini semalam.

Menurut Amirudin, HARAPAN akan bekerja keras mempertahankan kerusi berkenaan bagi meneruskan program pembangunan yang direncana mendiang Lee Kee Hiong sejak memenangi kerusi itu pada 2013.

“Bagaimanapun kita mahu kekal memang untuk teruskan kecemerlangan,” katanya.

Pada 21 Mac, penyandang kerusi Kee Hiong, 58, yang menjadi wakil rakyat selama tiga penggal meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit barah sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pilihan raya negeri lalu, Kee Hiong menewaskan calon Gerakan Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619