AGENDA

SSM lanjut tempoh insentif potongan kompaun hingga 31 Disember

31 Okt 2022, 6:13 AM
SSM lanjut tempoh insentif potongan kompaun hingga 31 Disember

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan insentif pengurangan kompaun bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 November hingga 31 Disember.

Melalui insentif itu, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun bawah Akta Syarikat 1965, katanya dalam kenyataan hari ini.

SSM berkata lanjutan tempoh itu bertujuan membantu memberikan lebih masa untuk syarikat mengambil tindakan bagi mematuhi perundangan serta meringankan beban kewangan ke arah pemulihan ekonomi negara dalam fasa peralihan ke endemik.

"Insentif ini telah dilaksanakan sela​ma empat bulan bermula 1 Mac hingga 30 Jun sebelum dilanjutkan sehingga 31 Oktober," katanya.

SSM berkata semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke ar_compliance@ssm.com.my atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia, dan secara dalam talian melalui pautan e-Kompaun atau di pautan portal EzBiz Online​.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel enquiry@ssm.com.my. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619