BERITA UTAMA

Deepavali: Hijrah Selangor tawar pinjaman i-Bermusim kepada peniaga bazar

28 Sep 2022, 2:03 PM
Deepavali: Hijrah Selangor tawar pinjaman i-Bermusim kepada peniaga bazar

SHAH ALAM, 28 SEPT: Peniaga yang mengambil bahagian dalam Bazar Deepavali akan ditawarkan pinjaman i-bermusim Hijrah Selangor, maklum EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata tawaran itu terbuka kepada mereka yang mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagi melancarkan peniaga menjalankan operasi, mereka akan dibantu menerusi program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) untuk mendapatkan lesen.

"Sitham mengambil langkah proaktif bagi membantu penganjur Bazar Deepavali di Selangor memperolehi lesen perniagaan atau pun penganjuran Bazar. Peniaga yang mengambil bahagian dalam Bazar Deepavali dengan lesen Majlis akan ditawarkan pinjaman i-bermusim Hijrah Selangor.

"Sitham akan bekerjasama dengan Jabatan Lesen Majlis bagi mempermudahkan permohonan lesen penganjuran Bazar Deepavali dan membuka ruang kerjasama strategik bagi membantu usahawan kecil," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Sitham Selangor mengadakan perjumpaan khas bersama Jabatan Lesen PBT seluruh Selangor bagi membincangkan mengenai penganjuran Bazar Deepavali atau Karnival Deepavali di peringkat PBT.

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai dan wakil Jabatan Perlesenan Majlis dari seluruh Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619