AGENDA

Isu tindas pekerja, kerajaan tidak lindung identiti majikan

2 Sep 2022, 2:28 PM
Isu tindas pekerja, kerajaan tidak lindung identiti majikan

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kekerasan dan penindasan majikan terhadap pekerja tanpa mengira warga tempatan mahupun warga asing.

Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya majikan didapati gagal mematuhi perundangan perburuhan termasuk perbuatan yang bercanggah dengan elemen-elemen buruh paksa.

“Mulai sekarang, KSM tidak akan melindungi identiti mana-mana majikan yang didapati bertindak di luar batas kemanusiaan meskipun ia masih dalam peringkat siasatan.

“Saya percaya dengan usaha ini, para majikan akan lebih peka dengan tindakan yang diambil terhadap pekerja mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini yang dikeluarkan susulan laporan kes mengenai seorang pembantu rumah warga Indonesia yang tidak dibayar gaji selain didera majikan.

Saravanan dalam pada itu turut mengingatkan para majikan untuk tidak bertindak di luar batas kemanusiaan terhadap pekerja mereka.

Mengenai kes berkenaan, Saravanan berkata mangsa kini sedang dirawat di Hospital Selayang dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah diarahkan untuk menyiasat mengenai perkara itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa tidak dibayar gaji oleh majikannya sejak mula bekerja pada 2019 dengan nilai tunggakan hampir RM32,000.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619