ADN

Pelajar cemerlang SPM 2021 DUN Batang Kali terima hadiah wang tunai

16 Ogos 2022, 12:52 AM
Pelajar cemerlang SPM 2021 DUN Batang Kali terima hadiah wang tunai

SHAH ALAM, 16 OGOS: Seramai 100 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menerima hadiah wang tunai pada Ahad lalu.

Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali memaklumkankan hadiah berupa wang tunai RM100 dan RM300.

"Tahniah dan syabas buat pelajar di sekolah-sekolah sekitar Batang Kali dan menerima RM 100 sehingga RM 300 bagi yang berjaya mendapat 5A, 6A, 7A, 8A serta 9A ke atas.

"Program dalam koordinasi Penggerak Belia Selangor dengan bantuan Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Hulu Selangor, Pusat Wanita Berdaya DUN Batang Kali, Team Selangor dan TYMBA Education," kata Saifuddin Shafi Muhammad di Facebook.

Tambah beliau, pada program yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Batang Kali itu pihaknya turut memberi penerangan mengenai Iltizam Selangor Penyayang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619