AGENDA

Michael lepas jawatan ketua jurulatih Selangor FC

9 Ogos 2022, 7:55 AM
Michael lepas jawatan ketua jurulatih Selangor FC

SHAH ALAM, 9 OGOS: Michael Feichtenbeiner melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Selangor FC yang digalasnya selama setengah musim.

Pasukan itu dalam kenyataan berkata peletakan jawatan tersebut bagi memberi peluang kepada Michael untuk fokus kepada projek pembangunan bola sepak negeri sebagai pengarah sukan yang disandang sejak 2020.

"Pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan pihak kelab akan membuat pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian dibuat.

"Tugas tersebut kini digalas pembantu ketua jurulatih Nidzam Jamil yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai ketua jurulatih sementara bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2022," menurut kenyataan.

Tambahnya, projek pembangunan bola sepak negeri yang dimulakan Michael telah melahirkan ramai pemain muda yang mewakili Selangor FC dan pasukan kebangsaan.

"Kelab percaya projek pembangunan ini wajar diteruskan demi kesinambungan masa depan kelab ini," katanya lagi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619