AGENDA

Michael Feichtenbeiner ketua jurulatih baharu Selangor FC

20 Nov 2021, 1:47 PM
Michael Feichtenbeiner ketua jurulatih baharu Selangor FC

SHAH ALAM, 20 NOV: Pengendali pasukan Selangor FC II Michael Feichtenbeiner hari ini diumum sebagai ketua jurulatih baharu Selangor FC.

Pengerusi jawatankuasa teknikalnya berkata pelantikan itu bagi menghadapi saingan 2022 selepas menilai kemampuannya sebagai ketua jurulatih sementara musim lepas.

Menurut Dato' Seri Shahril Mokhtar, jurulatih dari Jerman itu menampilkan kerjasama pemain muda dan senior selain peralihan pantas antara menyerang dan bertahan.

"Ia selari dengan visi kami untuk melahirkan pasukan yang mampu menjuarai saingan pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook pasukan itu.

Selangor FC juga mengesahkan Feichtenbeiner yang dilantik sebagai pengarah sukan sejak 2019 akan terus menjawat jawatan berkenaan.

Sebelum ini, jawatan ketua jurulatih disandang Karsten Nitzel bagi saingan Liga Malaysia 2021.

Kedudukannya dikatakan tidak selamat selepas Selangor FC tersingkir dalam saingan Piala Malaysia, baru-baru ini selepas kalah kepada Kuala Lumpur City 3-0 secara agregat pada suku akhir.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619