ADN

ADN Kota Damansara harap RS-1 dapat atasi isu rumah terbengkalai 

3 Ogos 2022, 1:50 AM
ADN Kota Damansara harap RS-1 dapat atasi isu rumah terbengkalai 

SHAH ALAM, 3 OGOS: Ahli dewan negeri Kota Damansara berharap Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan turut mengambil kira isu perumahan terbengkalai.

Shatiri Mansor berkata ketika ini terdapat dua projek perumahan terbengkalai di kawasannya iaitu di Kampung Bunga Raya dan Ladang Subang.

"Di Ladang Subang ada 40 keluarga terkesan dengan isu ini manakala 73 keluarga lagi di Kampung Bunga Raya terpaksa berhadapan masalah ini sejak lebih 20 tahun lalu.

"Masalah ini timbul sejak dari kerajaan sebelum kerajaan kita dan ia belum selesai hingga ke hari ini. Saya harap Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan isu ini," katanya pada sesi perbahasan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

RS-1 yang dibentangkan Dato' Menteri Besar pada 27 Julai lalu menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619