AGENDA

HARAPAN garis lima sebab tolak RUU suruhanjaya bebas tatalaku polis

26 Jul 2022, 1:36 PM
HARAPAN garis lima sebab tolak RUU suruhanjaya bebas tatalaku polis

SHAH ALAM, 26 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) menolak Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.

Majlis Presiden HARAPAN berkata Rang Undang-Undang (RUU) IPCC itu mempunyai banyak kepincangan dan tidak memenuhi hasrat reformasi institusi seperti yang diharapkan.

"RUU IPCC mempunyai banyak kelemahan iaitu anggota Suruhanjaya tidak berkecuali serta boleh dilucutkan bila-bila masa tanpa sebab dan kedua, setiausaha suruhanjaya dilantik Menteri Dalam Negeri berbanding Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang melantik setiausahanya sendiri pada masa ini.

"Selain itu, IPCC juga tiada kuasa siasatan seperti yang ada pada EAIC dan keempat IPCC tidak membolehkan suruhanjaya meneliti hal-hal di bawah Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) dan akhir sekali IPCC tiada peruntukan untuk suatu lembaga tatatertib," menurut kenyataan bersama.

Justeru, atas lima alasan itu HARAPAN menolak RUU IPCC berkenaan.

Kenyataan itu dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohammad Sabu; Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020, selepas selesai penggulungan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas melalui perbahasan di peringkat Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619