AGENDA

PAKATAN: 'Sangat tidak bertanggungjawab' rampas kuasa waktu Covid-19

30 Jul 2020, 5:36 AM
PAKATAN: 'Sangat tidak bertanggungjawab' rampas kuasa waktu Covid-19

SHAH ALAM, 30 JULAI: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN) menyifatkan cubaan rampasan kuasa di Sabah ketika negara sedang membendung penularan Covid-19 'sangat tidak bertanggungjawab'.

Dalam kenyataan bersama hari ini, majlis presiden menganggap tindakan tersebut seolah mengabaikan kesihatan orang ramai demi merebut pangkat dan kuasa.

PAKATAN juga menyokong penuh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal bagi menentang 'cubaan jahat, tidak demokratik dan tidak bermoral' untuk menjatuhkan kerajaan negeri dengan membeli wakil rakyat yang menggalakkan pembelotan oportunis.

"PAKATAN menyatakan sokongan penuh bagi menewaskan cubaan lompat parti yang sangat cela yang

dicetuskan anasir Perikatan Nasional – dengan segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan mengembalikan mandat kepada rakyat," kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Majlis presiden berkata hanya rakyat mampu menewaskan 'rampasan kuasa jahat' yang dilancarkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dengan sokongan penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mereka turut mengecam sekeras-kerasnya politik khianat serta tawaran sehingga RM32 juta seorang, bersekali dengan tawaran jawatan timbalan ketua menteri.

"Kami menyeru rakyat Sabah untuk menyokong Datuk Seri Shafie dan parti bersekutu dalam pilihan raya negeri akan datang untuk menetapkan semula politik nasional bagi mengangkat politik berprinsip serta menolak politik lompat parti dan memulihkan mandat rakyat berbanding kuasa wang ringgit," katanya lagi.

Shafie hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619