PBT

Kereta mini klasik bantu promosi ulang tahun ke-16 MBPJ

18 Jun 2022, 3:31 PM
Kereta mini klasik bantu promosi ulang tahun ke-16 MBPJ

SHAH ALAM, 18 JUN: Sebanyak 30 kereta mini klasik menyertai program konvoi bagi mempromosi ulang tahun ke-16 bandaraya Petaling Jaya.

Menurut Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), konvoi yang diadakan dengan kerjasama Sports Mini Owners’ Club Malaysia itu mengunjungi enam lokasi pusat beli-belah terbesar di Petaling Jaya.

Pusat beli-belah terbabit adalah Paradigm Mall, The Starling Mall, Giant Hypermarket Kota Damansara, The Curve, Jaya Shopping Centre dan Amcorp Mall.

"Progam ini bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan dijangka berakhir pada pukul 6.00 petang dengan jumlah peserta konvoi dan petugas adalah seramai 50 orang dan turut diiringi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota penguatkuasa MBPJ.

"Antara objektif konvoi ini adalah mengedarkan risalah kepada orang ramai yang datang ke pusat beli-belah tersebut mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Jun hingga julai nanti sempena sambutan ulang tahun bandaraya Petaling Jaya," katanya di Facebook.

MBPJ berkata, program itu juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan kereta klasik yang jarang dilihat di jalan raya, sekali gus menghargai kenderaan yang semakin dilupakan itu.

Terdahulu, acara pelepasan konvoi disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir di pekarangan ibu pejabat MBPJ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619