PBT

MBPJ anjur pertandingan karaoke untuk OKU, tawar hadiah wang tunai

13 Sep 2023, 7:31 AM
MBPJ anjur pertandingan karaoke untuk OKU, tawar hadiah wang tunai

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 13 SEPT: Bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menyertai Pertandingan Karaoke OKU Sabtu ini di Taman Bandaran Kelana Jaya.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, pertandingan dari jam 7 pagi hingga 5.30 petang itu menawarkan hadiah wang tunai RM300 kepada juara, RM250 (naib juara), RM200 (tempat ketiga) dan RM150 (tempat keempat).

"Penyertaan percuma kepada komuniti OKU sahaja berusia 18 tahun ke atas dan terhad 15 peserta terawal.

"Pertandingan bertemakan lagu patriotik sempena sambutan Hari Malaysia ke-60 tahun," kata MBPJ menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Peserta dibenarkan membawa minus one sendiri atau memilih lagu bertemakan hari kebangsaan yang tersedia.

Tarikh tutup penyertaan adalah esok dan untuk maklumat lanjut, boleh hubungi urusetia Bahagian Khidmat Komuniti dan Modal Insan MBPJ di talian 03-79560203 atau 03-79560206.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619