AGENDA

Rakyat perlu sedar bahaya denggi, bantu hapus tempat pembiakan Aedes

15 Jun 2022, 5:34 AM
Rakyat perlu sedar bahaya denggi, bantu hapus tempat pembiakan Aedes

SHAH ALAM, 15 JUN: Rakyat di negeri ini perlu meningkatkan tahap kebersihan di rumah dan sekitarnya bagi membendung penularan wabak denggi.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kesedaran mengenai bahaya denggi penting supaya pencegahan awal dapat dilaksanakan termasuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Demam denggi boleh dikawal oleh manusia dengan kesedaran dan perubahan tingkah laku dalam mencegah pembiakan nyamuk serta penularan wabak denggi.

"Selain itu, menggunakan repelan dan amalkan pembuangan sampah di tong sampah," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Denggi Asean 2022 hari ini.

Beliau berkata Selangor merekodkan sebanyak 13,438 kes denggi setakat 11 Jun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, mukim Klang mencatat kes tertinggi iaitu 2,257 diikuti Damansara (2,038), Kajang (1,338), Sungai Buloh (1,324) dan Petaling (1,169).

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan dana RM5 juta dalam Belanjawan tahun ini bagi memastikan usaha membendung penularan wabak denggi dapat terus dilaksanakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619