BERITA UTAMA

Kejohanan seni bela diri dapat sambutan, 1,500 peserta terlibat

29 Mei 2022, 6:05 AM
Kejohanan seni bela diri dapat sambutan, 1,500 peserta terlibat
Kejohanan seni bela diri dapat sambutan, 1,500 peserta terlibat
Kejohanan seni bela diri dapat sambutan, 1,500 peserta terlibat

SHAH ALAM, 29 MEI: Kejohanan Selangor Martial Arts XTIV mendapat sambutan apabila seramai 1,500 peserta menyertai pertandingan yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini.

EXCO pembangunan generasi muda berkata rata-rata peserta termasuk tiga persatuan seni bela diri iaitu silat, taek won do dan silambam teruja dengan penganjuran program.

“Ini hari bersejarah buat Kerajaan Negeri kerana dapat menggabungkan tiga seni bela diri dalam satu program.

“Matlamat penganjuran program ini adalah menyatupadukan pelbagai kaum melalui seni bela diri selain memberi pendedahan kepada belia serta mahu seni pertahan diri tidak ditinggalkan,” kata Mohd Khairuddin Othman.

[caption id="attachment_523171" align="aligncenter" width="560"] Peserta silat menunjukkan aksi ketika Kejohanan Seni Bela Diri Selangor Xtiv di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 29 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas perasmian kejohanan tersebut yang berlangsung bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata pihaknya bercadang untuk meneruskan program tersebut pada masa akan datang.

“Sambutan diterima menggalakkan kerana peserta bukan sahaja dari Selangor tetapi Melaka dan Johor,” katanya.

Kejohanan Selangor Martial Arts XTIV anjuran Jawatankuasa Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pelbagai acara ditawarkan antaranya acara silat seni tempur dan tari sembah, taek wan do serta silambam.

Selain itu, pengunjung turut dipertontonkan dengan demonstrasi seni bela diri, senamrobik dan persembahan pemuzik jalanan.

[caption id="attachment_523172" align="aligncenter" width="577"] Peserta taek won do beraksi ketika Kejohanan Seni Bela Diri Selangor Xtiv di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 29 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619