PBT

Tanah kubur Kampung Tunku mendap, waris diminta hadir kenal pasti tapak

11 Mei 2022, 4:34 AM
Tanah kubur Kampung Tunku mendap, waris diminta hadir kenal pasti tapak
Tanah kubur Kampung Tunku mendap, waris diminta hadir kenal pasti tapak

SHAH ALAM, 11 MEI : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melaksanakan kerja membaik pulih kawasan hakisan dan tanah mendap di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunku mulai semalam.

Unit Komunikasi Korporat MBPJ menerusi kenyataan memaklumkan kerja pembaikan sementara dibuat dengan menambah tanah di kawasan terjejas, pembersihan sisa binaan dan memasang semula kepuk yang rosak.

"Bagaimanapun, kami menyeru kerjasama pihak waris untuk hadir ke Pejabat Tapak, Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunku, Petaling Jaya bagi membuat pengecaman atau pengesahan tapak.

"Justeru, waris boleh hadir mulai hari ini sehingga 17 Mei depan mulai jam 8 pagi hingga 4 petang," maklumnya di Facebook.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, langkah jangka masa panjang yang dilaksanakan antaranya melibatkan pembaikan dan pembersihan saliran, membina pejalan kaki dan membaik pulih pagar konkrit.

"Namun, kerja-kerja ini akan dibuat secara sebut harga melalui lantikan kontraktor," katanya.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat (Perkhidmatan Perkuburan Dan Krematorium) MBPJ di talian 03-78737895 / 019-3842997 (Mat Afindi Mohamad).

[caption id="attachment_520474" align="aligncenter" width="375"] Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunku perlu dibaik pulih akibat hakisan dan tanah mendap. Foto ihsan MBPJ[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619