BERITA UTAMA

Tanah kubur Islam masih kosong boleh diguna untuk tujuan lain

1 Dis 2021, 10:02 AM
Tanah kubur Islam masih kosong boleh diguna untuk tujuan lain

SHAH ALAM, 1 DIS: Tanah Perkuburan Islam di negeri ini yang masih kosong dan diwartakan, boleh digunakan untuk tujuan lain dengan kelulusan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

EXCO hal ehwal agama Islam berkata aktiviti yang mahu dilaksanakan di atas tapak perlu sah dan mematuhi undang-undang seperti penternakan, pertanian dan parkir kenderaan yang bersifat sementara.

"Jika terdapat sebarang aktiviti dijalankan sebelum tapak itu diwartakan, ia adalah di bawah tanggungjawab pentadbir tanah daerah.

"Apabila ia telah diwartakan, pihak yang ingin menggunakan tapak tersebut perlu mengemukakan permohonan penggunaan tanah kepada pengarah Jais," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri berhubung penggunaan tapak perkuburan Islam di Selangor bagi tujuan lain.

Mohd Zawawi menjelaskan Jais mengambil beberapa langkah bagi melindungi tapak perkuburan di Selangor daripada pencerobohan dan aktiviti lain.

Menurutnya, langkah diambil dengan memantau tapak terbabit selain bekerjasama dengan pejabat daerah dan tanah serta pihak berkuasa tempatan bagi penguatkuasaan mengikut Kanun Tanah Negara.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita beliau berkata tapak tanah bawah kelolaan Jais terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyewa kerana secara tidak langsung menyumbang pendapatan tambahan kepada jabatan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619