BERITA UTAMA

Sambut Aidiladha, negeri belanja lebih RM5 juta agih lembu, kambing

11 Mei 2022, 2:32 AM
Sambut Aidiladha, negeri belanja lebih RM5 juta agih lembu, kambing

SHAH ALAM, 11 MEI: Lebih RM5 juta diperuntuk Kerajaan Negeri tahun ini bagi sumbangan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Julai.

Agihan melibatkan 1,000 ekor kambing dan 660 ekor lembu kepada wakil rakyat, masjid, surau terpilih dan badan bukan kerajaan (NGO), maklum EXCO pemodenan pertanian.

“Tahun lalu kita agih kambing dan sambutannya menggalakan jadi kita teruskan tahun ini dengan 1,000 ekor lagi, berat minimum 35kg seekor. Lembu pula 660 ekor dengan berat minimum 250 kg.

"Pihak masjid tidak perlu memohon kita akan serah nanti. Namun bagi NGO dan surau mereka perlu memohon jika mahu melaksanakan ibadah korban. Kita akan uar-uarkan nanti,” kata Ir Izham Hashim.

Tahun lalu, sejumlah RM5.05 juta diperuntuk bagi sumbangan korban yang ditaja sembilan anak syarikat Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619