AGENDA

24 pusat pemasangan RFID disedia di lebuh raya Plus

18 Apr 2022, 7:00 AM
24 pusat pemasangan RFID disedia di lebuh raya Plus

KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Sebanyak 24 Pusat Pemasangan RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) disediakan di sepanjang lebuh raya Plus Malaysia Bhd (Plus) yang merupakan sebahagian daripada lebih 60 pusat pemasangan di seluruh negara.

Menurut Plus dalam satu kenyataan, pusat itu dikendalikan oleh pasukan yang berdedikasi dan komited sepenuhnya dalam memasang dan memastikan kadar pengesanan yang tinggi daripada tag RFID pada setiap kenderaan.

“Kami juga ingin menggalakkan pelanggan yang mengalami isu pengesanan tag RFID untuk mengunjungi mana-mana pusat pemasangan terdekat untuk pemeriksaan lanjut bagi membetulkan masalah yang dihadapi berkenaan tag RFID,” katanya.

Sementara itu, Plus berkata harga jualan tag RFID tidak diputuskan atau dikenakan oleh Plus dalam apa jua cara dan ia adalah mengikut budi bicara mutlak Touch 'n Go Sdn Bhd sebagai pemilik produk gerbang pembayaran termasuk kad Touch ‘n Go dan peranti SmartTAG.

“Peranan Plus adalah daripada aspek pemasangan, integrasi sistem dan operasi pembaca gantri di plaza tol dan mengekalkan standard ISO IEC180000-6C.

“Apabila kami mendapat lebih banyak trafik melalui lorong RFID, kami mengumpul lebih banyak data. Data tambahan ini membolehkan kami untuk terus memperbaiki dan meningkatkan kecekapan sistem sepanjang masa, untuk memberikan pelanggan pengalaman perjalanan yang lebih lancar," katanya.

Pelanggan boleh mendapatkan senarai pusat pemasangan RFID melalui https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619