BERITA UTAMA

Segera cuci luka gigitan haiwan, dapatkan rawatan di klinik

11 Apr 2022, 1:15 PM
Segera cuci luka gigitan haiwan, dapatkan rawatan di klinik

SHAH ALAM, 11 APRIL: Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan awal jika diserang haiwan liar terutama anjing, saran EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud turut mengingatkan mangsa yang terkena gigitan supaya membersihkan bahagian tubuh yang luka dan mendapatkan rawatan di klinik terdekat.

"Saya menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan apabila digigit oleh anjing atau haiwan liar.

"Segera membersihkan bahagian tubuh yang digigit atau dicakar dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat," katanya di Facebook.

Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan kes kematian melibatkan seorang lelaki warga tempatan di Petaling pada 10 Mac lalu akibat jangkitan rabies.

Pengarah Kesihatannya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata perkara itu berdasarkan keputusan ujian makmal dengan mangsa berusia 40 tahun meninggal dunia di rumahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619