AGENDA

Zii Jia akui selesa bergerak solo, yakin aksi lebih baik

19 Feb 2022, 12:55 AM
Zii Jia akui selesa bergerak solo, yakin aksi lebih baik

SHAH ALAM, 19 FEB: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengakui lebih selesa beraksi dalam gelanggang selepas bergerak solo secara profesional.

Menurut pemain ketujuh dunia itu, ketenangan dan bermain tanpa tekanan tidak berjaya diperolehi ketika bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Keseluruhan aksi tahun ini bukan baik sangat tetapi yang penting saya seronok dalam gelanggang.

Ini yang saya cari tahun lalu tetapi tidak dapat.

"Sekarang saya gembira. Bila rasa selesa, dapat tampilkan aksi lebih baik,” katanya ditemui pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di sini semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu memutuskan untuk keluar daripada badan induk badminton negara dan bergerak secara solo mulai bulan lalu.

Zii Jia, yang juga juara All England akan dibimbing jurulatih kebangsaan Indra Wijaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619