AGENDA

Zii Jia cedera, tarik diri Terbuka Swiss dijadual minggu depan

13 Mac 2025, 2:58 AM
Zii Jia cedera, tarik diri Terbuka Swiss dijadual minggu depan

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss yang dijadualkan berlangsung di Basel Switzerland, minggu hadapan.

Menurut kenyataan dikeluarkan di media sosial oleh Team LZJ hari ini, pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

“Team LZJ boleh sahkan bahawa Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Swiss di Basel disebabkan kecederaan buku lali kanannya.

“Zii Jia akan mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum sebarang pengumuman mengenai rancangan kejohanan yang akan disertainya dibuat,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, Zii Jia mengalami kecederaan di Jelajah Akhir BWF Dunia pada Disember tahun lepas, namun masih menyertai Kejohanan All England.

Bagamamanapun pemain nombor lapan dunia itu tersingkir awal daripada All England selepas kalah kepada pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long 16-21, 12-21, pada pusingan pertama, semalam.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619