BERITA UTAMA

Kakitangan terjejas banjir, Unisel tawar penempatan percuma tiga bulan

25 Dis 2021, 3:00 AM
Kakitangan terjejas banjir, Unisel tawar penempatan percuma tiga bulan

SHAH ALAM, 25 DIS: Universiti Selangor (Unisel) menawarkan bantuan penempatan selama tiga bulan secara percuma kepada seorang kakitangannya yang terjejas banjir minggu lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat Hasril Abu Hassan berkata pembantu perpustakaan Siti Mariani Mohd Yusof bersama keluarga ditempatkan di perumahan staf sepanjang tempoh terbabit.

"Beliau yang menerima pemakluman ini amat bersyukur atas pelbagai bantuan diterima pihak Unisel termasuk penempatan percuma diumumkan Presiden dan Naib Canselor Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman.

"Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Mohammad Redzuan kerana amat prihatin terhadap kakitangan yang terjejas," katanya dalam kenyataan.

Kejadian Sabtu lalu mengakibatkan kediaman Siti Mariani di Kampung Bestari Jaya yang dihuni bersama ibu bapa serta adik beradik lain musnah sekelip mata akibat dilimpahi air paras pinggang.

Menceritakan detik cemas itu, Siti Mariani berkata beliau dan ibunya berpindah di rumah kawannya manakala bapa serta adik beradik lain berada di rumah untuk mengalihkan barang penting ke tempat lebih selamat.

"Apabila keadaan semakin buruk, adik menarik ayah saya keluar dan berlindung ke tempat lebih tinggi serta selamat. Alhamdulillah, pada malam itu juga saya dimaklumkan Unisel ada membuka penempatan sementara kepada kakitangan.

"Saya ke Unisel mengambil kunci namun tidak dapat berpatah balik membawa ahli keluarga yang lain kerana laluan sudah ditutup sebelum adik memaklumkan laluan ke rumah terputus keesokan harinya," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun 7603721975 (Cimb Bank) atas nama Siti Mariani Binti Mohd Yusof.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619