AGENDA

Aplikasi tempah tiket Go Selangor dilancar tahun depan, mudahkan pelancong pilih destinasi

10 Dis 2021, 1:00 PM
Aplikasi tempah tiket Go Selangor dilancar tahun depan, mudahkan pelancong pilih destinasi

PETALING JAYA, 10 DIS: Aplikasi Go Selangor yang dilancarkan Februari depan memudahkan pengguna menempah tiket ke pelbagai destinasi percutian negeri ini secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad berkata tempahan tiket melalui aplikasi rasmi pelancongan negeri itu meliputi taman tema, premis inap desa dan hotel.

"Ketika ini, aplikasi tersebut sedang giat dibangunkan dan dijangka tersedia kepada orang ramai pada Februari nanti.

"Rancangan kita adalah untuk mendigitalisasikan industri dan penggiat pelancongan seperti pemandu pelancong, pengusaha inap desa, hotel dan taman tema serta agensi pelancongan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Konvensyen Global Tourism Selangor di Hotel New World di sini hari ini.

Konvensyen selama dua hari bermula semalam disempurnakan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dengan menghimpunkan seramai 4,400 penggiat industri pelancongan.

Pada 26 November, Amirudin berkata Kerajaan Negeri membangunkan aplikasi Go Selangor dengan kerjasama syarikat pemula tempatan Tourplus dan disokong Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

Menurutnya, semua perniagaan layak menyertai aplikasi berkenaan secara percuma.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619