AGENDA

Tourism Selangor sasar 70,000 pengunjung ke Matta Fair 2023

2 Sep 2023, 1:00 PM
Tourism Selangor sasar 70,000 pengunjung ke Matta Fair 2023
Tourism Selangor sasar 70,000 pengunjung ke Matta Fair 2023

Oleh Fitri Hazim Hazam

KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Tourism Selangor optimis sasaran 70,000 kedatangan pengunjung ke Pavilion Selangor mampu dicapai pada edisi kedua Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Shah Mohamad berkata dengan produk pelancongan terbaharu yang ditawarkan serta pelbagai aktiviti promosi pelancongan yang diadakan pihaknya yakin jumlah sasaran pengunjung itu mampu dicapai.

Beliau menambah menariknya di Selangor ialah negeri itu merupakan ‘Destinasi Pilihan’ pada Matta Fair kali ini.

Katanya kempen yang dilancar ‘Pusing Selangor Dulu’ merangkumi kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama seperti pengendali hotel, agensi pelancongan termasuk rakan-rakan media.

“Eko sistem pelancongan Selangor sudah berubah menjadikan negeri ini destinasi pilihan untuk melancong. Dengan kekayaan sumber alam seperti keindahan sawah padi di Sekinchan, makanan enak dengan pandangan indah kampung merupakan tarikan eko-sistem pelancongan negeri.

[caption id="attachment_600951" align="alignleft" width="500"] Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad[/caption]

“Kemudahan pengangkutan awam seperti bas Smart Selangor dan pengangkutan kereta api memudahkan aktiviti pelancongan di Selangor menjadi penyebab utama pelancong memilih negeri ini sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut yakin kedatangan jumlah pelancong ke Selangor tahun ini mengatasi rekod tahun lalu sebanyak 22 juta pelancong mengikut daya tarikan cuti hujung tahun.

“Tahun ini kami optimis kerana ramai pihak sudah melihat keistimewaan produk pelancongan di Selangor.

“Sebagai contoh dengan pendedahan di MATTA Fair dan pihak pempamer menawarkan harga pakej istimewa taman tema seperti Splash Mania potongan harga 80 peratus yang mempunyai tempoh sah laku hingga 31 Disember ini memudahkan perancangan percutian keluarga pada musim cuti sekolah hujung tahun," katanya.

Beliau berkata pelbagai segmentasi dengan tarikan pelancongan yang banyak disediakan bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ salah satu pendekatan proaktif bertujuan mengukuhkan lagi pelancongan domestik negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619