BERITA UTAMA

Ringan beban petani, setiap DUN dapat satu tan baja kompos

7 Dis 2021, 4:29 AM
Ringan beban petani, setiap DUN dapat satu tan baja kompos

SHAH ALAM, 7 DIS: Bantuan baja kompos antara satu hingga dua tan diagihkan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meringankan beban petani menanggung kos pengeluaran tani.

EXCO pemodenan pertanian berkata langkah itu juga menggalakkan golongan berkenaan menggunakan produk tempatan berkualiti tinggi selain mampu mengurangkan pencemaran.

"Kita akan dapatkan nama petani di setiap DUN dan hantar terus kepada mereka, tidak akan dikumpulkan di pusat khidmat masyarakat.

"Bagi DUN yang mempunyai jumlah petani tinggi, mereka akan diberikan dua tan baja organik kompos," kata Ir Izham Hashim pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sijangkang Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung program pertanian rakyat untuk mengguna pakai tanah kerajaan yang terbiar.

Mengulas perkara itu, Ir Izham berkata data tanah tersebut sedang dikumpul untuk membangunkan aktiviti pertanian bersesuaian antaranya projek taman kekal pengeluaran makanan.

Jelasnya, terdapat 11 projek diuruskan Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan ketika ini, dengan keluasan 1,300 hektar bernilai RM38 juta setahun.

"Ini tidak mencukupi dalam menyelesaikan isu jaminan bekalan, justeru Kerajaan Negeri buat keputusan bawah Pelan Transformasi Selangor untuk menambah tanah sesuai bagi rakyat menceburi pertanian dan meningkatkan hasil," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619