NASIONAL

Kontak rapat wanita pesakit taun disaring, tiada kes baharu

15 Nov 2021, 7:32 AM
Kontak rapat wanita pesakit taun disaring, tiada kes baharu

SHAH ALAM, 15 NOV: Keputusan ujian sampel najis warga tempatan yang dijangkiti taun atau kolera bulan lalu menunjukkan kehadiran bakteria jenis vibrio cholerae, seragroup 01 dan serotype ogawa, kata pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Susulan itu Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata semua kontak rapat wanita berusia 56 tahun itu termasuk pengendali makanan disaring selain pihaknya mengambil sampel persekitaran.

“Sehingga kini tiada kes baharu diterima. Siasatan dijalankan juga tidak dapat mengesan punca sebenar.

"Jangkitan ini merebak cepat dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera. JKNS sentiasa memantau keadaan semasa bagi membendung perebakan” katanya menerusi kenyataan.

Dr Sha'ari berkata jangkitan berkenaan dikesan pada 21 Oktober selepas pesakit mengalami gejala cirit-birit yang teruk dan dirawat sebagai pesakit luar di fasiliti kesihatan swasta.

Pagi tadi EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata pesakit yang tinggal di Petaling itu sudah kembali pulih.

Beliau mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan selain tidak mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sempurna.

"Minum air yang dididihkan atau terawat. Jika ada simptom kolera terus dapatkan rawatan," katanya.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter mengesahkan berlakunya jangkitan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619