AGENDA

JKNS kesan kes kolera, orang awam dinasihat elak makanan mentah

14 Nov 2021, 9:48 AM
JKNS kesan kes kolera, orang awam dinasihat elak makanan mentah

SHAH ALAM, 14 NOV: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesan satu kes jangkitan kolera di Petaling, menurut menteri kesihatan.

"Orang awam dinasihati hanya minum air dirawat atau dididihkan, jaga kebersihan kendiri, jangan makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna," tulis Khairy Jamaluddin di Twitter.

Kolera merupakan penyakit 'enteric akut' disebabkan bakteria 'vibrio cholerae' yang mana gejala awal adalah cirit-birit tanpa sakit, loya serta muntah dan boleh membawa kepada dehidrasi serta kematian.

Sebagai langkah pencegahan, JKNS meminta semua pengamal perubatan melaporkan kes wabak yang disahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melalui sistem e-notifikasi dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, mereka juga diminta mengambil sampel najis bagi ujian kultur dan sensitiviti bagi kes yang disyaki kolera.

Sementara itu, PKD turut diminta mempertingkatkan pemantauan 'acute gastroenteritis' (AGE) di semua klinik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619